a. Kuntuman bunga hidup yang segar dalam pasu pastinya mengilhamkan suasana tenang dan sejuk pada ruang kediaman.
b. Apatah lagi kuntuman bunga itu digubah secara kreatif mengikut cita rasa dan konsep dekorasi pemiliknya.
c. Rahsia mengekalkan kesegaran jambangan bunga hidup ialah dengan memastikan air yang digunakan sentiasa bersih.
d. Sementara bahagian batang yang dipotong bebas boleh terus menyerap air dan membantu kesuburan bunga berkenaan.
e. Ketika membeli bunga hidup dapatkan kuntuman paling segar atau jambangan yang masih belum berkembang dengan daun berkilat.
f. Jangan memilih kuntuman yang layu atau kembang mekar kerana boleh menyebabkan kesegarannya tidak lama.
g. Potong batang kuntuman bunga yang baru dibeli lebih kurang 2.5 sentimeter (sm) di bawah air yang mengalir.
h. Gunakan pisau tajam atau gunting pemangkas bagi memastikan batang yang dipotong tidak pecah atau hancur.
i. Pilih pasu yang tidak menyesakkan kuntuman bunga berkenaan dan isikan dengan 8 sm air yang sedikit suam.
j. Batang bunga yang dipotong dan terendam air pastinya mudah reput, justeru jangan penuhkan pasu dengan air.
k. Buang semua daun bagi mengelak ia gugur ke air kerana daun reput boleh menggalakkan bakteria.
l. Letak jambangan bunga di ruang yang sejuk, tidak terkena cahaya matahari secara langsung.
m. Jangan letak jambangan bunga dekat dengan buah-buahan masak kerana ia boleh memendekkan jangka masa kesegaran bunga-bunga anda.
n. Setiap hari, potong batang kuntuman bunga sepanjang 0.5 sm di bawah aliran air dan tukar air di dalam pasu.
No comments:
Post a Comment